中国国际广播电台 Wilayah China luas, pemandangan alam yang indah permah, kebudayaan yang cemerlang, terdapat banyak etnik minoriti dan adat-resam yang berbeza, pelbagai jenis hasil istimewa tempatan, makanan enak yang terkenal di China dan luar negara. China kaya dengan sumber pelancongan, mempunyai potensi yang besar dan masa depan perkembangan yang cerah. Sesudah China memangkin pembangunan ekonomi dan memperluas buka pintu kepada luar, industri pelancancongan telah menjadi bidang pertumbuhan ekonomi yang baru . Kini, destinasi pelancongan terus bertambah di pelbagai tempat China, pembangunan infranstruktur disempurnakan dan jumlah pelancong asing ke China bertambah dari setahun ke setahun. Guilin Bandar Guilin terletak di timur laut Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, dan beriklim sub-tropika, dengan hawanya nyaman dan jumlah hujannya mencukupi. Para pengunjung boleh mengadakan pelancongan ke situ pada 4 musim sepanjang tahun. Destinasi yang pertama dilawati oleh wartawan radio kita ialah Gunung Xiangbi yang menjadi lambang Guilin. Gunung Xiangbi dinamakan kerana bentuk gunung itu seolah-olah sama seperti seekor gajah yang menghulurkan hidungnya untuk menyedut air di sungai. Sebuah gua besar antara bahagian hidung dan badan jagah itu bernama Gua Shuiyue. Pada malam bulan purnama mengambang di langit, bayang-bayang terbalik boleh kelihatan di dalam air sungai. Kadang-kadang, bayang-bayangnya aneh, maka, lahirlah pemandangan aneh, bayang-bayang terbalik dalam air sungai di dalam gua Gunung Xiangbi ketika bulan purnama. Gunung Fupo merupakan destinasi kedua yang dilawati oleh wartawan kita. Jika bertolak dari Gunung Xiangbi sampai ke Gunung Fupo dengan menaiki kenderaam, perjalanannya hanya mengambil masa belasan minit saja. Gunung Fupo terletak di tebing sungai Lijiang di timur laut kawasan Bandar Guilin. Gunung itu dinamakan kerana dewan pemujaan jeneral Fupo dari Dinasti Han yang pernah dibina di gunung itu semasa pemerintahan Dinasti Tang. Jika dipandang dari tempat yang jauh, Gunung Fupo yang tersergam, separohnya berada dalam sungai, dan separohnya yang lain di darat. Pada musim bunga dan musim panas setiap tahun, air sungai yang tiba-tiba naik membumbung, alunan yang bergulung-gulung semasa dihalangi oleh gunung itu, sehingga air sungai mengalir deras. Dengan menyusuri anak tangga yang dibina di sebelah barat untuk mendaki Gunung Fupo, wartawan kita telah sampai ke punjung di separoh lereng gunung dan puncak gunung tersebut. Jika berdiri di puncak, kita memandang gunung dari kekejauhan, pemandangan gunung dan sungai Guilin itu amat indah bagaikan sebuah lukisan. Gunung Changbai Dataran Timur Laut adalah dataran yang paling luas di China, terdiri daripada Dataran Sungai Liao di bahagian selatan, Dataran Song Nen (Sungai Song dan Sungai Nen) di bahagian utara dan Dataran Sanjiang atau Tiga Sungai iaitu Sungai Heilongjiang, Songhua dan Wusuli di bahagian timur laut. Musim sejuk di Dataran Timur Laut sangat panjang dan sejuk, tempoh tanpa fros sangat pendek. Tetapi, musim panas di sana agak panas, kadar kepanasannya cukup untuk tujuan pertumbuhan tanaman yang boleh dituai sekali setahun. Tambahan pula, dengan adanya tanah yang subur dan teknologi pertanian yang maju, Dataran Timur Laut telah menjadi pangkalan pengeluaran bahan makanan utama di China.
|
Selasa, 11 November 2008
Pemandangan Alam Terkenal di China
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar